Showing posts with label Supplement. Show all posts
Showing posts with label Supplement. Show all posts

Perlu ke ambil Supplement ?


Assalamualaikum & Hi

Masa zaman universiti dulu berlagak gilos aku, action tak akan makan vitamin-vitamin/supplement bagai, even nak gain weight pun takmo layan vitamin-vitamin,kononnya lebih baik amalkan tips-tips untuk tambah berat badan secara sihat. Last-last sama juga takda kesan sangat pun.Haha *tulah berlagak sangat

Dulu aku selalu kena serangan ulser mulut, *eh korang panggil apa ea
Ada yang panggil 'mata ikan' la, tak sure pula korang panggil apa penyakit ni, selalu jadi dalam mulut aku ni,sob3~ Seksa wooo nak makan,especially kalau nak makan makanan yang pedas-pedas, wooohooo merana baq hang~ Sat aku gugel cari gambaq penyakit tersebut kot-kot hampa boleh nampak gambaran yang lebih jelas *cewah kemainn
Alamak, ngeri pula tengok gambar-gambar kat google ni,sat naa kami try cari gambaq hat comey sikit naa......*proses mencari gambar ********


Okay dah jumpa
Korang pernah tak jadi macam ni ?

Kadang-kadang bila sakit tahap super saiya baru aku akan pergi klinik ambik ubat,tsskkkk~ Doktor selalu cakap macam ni "Badan awak ni kurang vitamin,xpa satgi saya bagi ubat naa" *Baikla doktor -__- Ubat yang selalu doktor bagi pun adalah B-Complex,itupun 8 biji je.

[Gambar dari Google]
Aku sebenarnya memang suka makan ubat sejak kecik lagi.Dulu masa kecik-kecik kalau kita sakit doktor akan bagi ubat jenis cecair kan,aku ingat lagi kalau ubat demam rasa ala-ala macam rasa sirap,ubat selesema pula color kuning,cair sikit dari ubat demam and yang paling pekat of course la ubat batuk.Tapi tak elok sebenarnya makan ubat dari klinik/hospital ni sebabnya ubat tu adalah sejenih 'dadah' yang boleh memudaratkan, kalau kita ambil dalam kuantiti yang salah.Sebab tu kita kena ikut cara makan yang disarankan oleh doktor sebelum ambil sebarang jenis ubat.


Masa aku form 4,aku memang minat gilaa dengan subjek biologi.*Tapi exam score kimia,musykil3~ Apa sahaja yang related dengan nature,memang aku suka.Kalau tanya kawan sebilik dengan aku masa zaman u dulu mesti depa taw punya lah.Kalau beli tomato kat cafe bukannya aku makan sangat pun,taw apa aku buat? Hancurkan tomato tu pastu sapu kat muka, miahahaha Mula-mula rumet aku pandang semacam ja, last-last dia pun berminat nak try juga kekeke~ Lagi satu pisang, pun sama juga,lepas makan pisang,kulit dia tu aku ambik then tampal-tampal kat muka,*eh macam tak berapa sesuai ja guna perkataan tampal,gasak laa haha bole imagine tak macam mana?

[Gambar dari pak cik google]
Okay, lebih kurang macam dalam gambar ni la,tapi aku letak kulit pisang, kadang-kadang aku lenyek-lenyek pisang then letak-letak kat 'seantero' muka.Nak kulit cantik la katakan. 
"Comey tak kak tonn?"

Kisah terjebaknya diri ini ke dunia vitamin yang sihat
Alkisahnya macam ni, kulit muka aku makin hari makin bermasalah.Aku pula malas nak jaga, faham saja lah kalau duk rumah segala macam semua benda dia jadi malas.Dengan menggunakan teknologi internet,aku pun surf la vitamin apa yang bagus untuk kulit, memang baaaaanyak sangat vitamin yang aku jumpa.At last, ada satu produk ni yang berjaya menawan hatiku untuk mencuba.Memang hebat lah produk ni sebab berjaya menggoyahkan 'action' aku yang memula tadi tu tssskkkkk~ Nak tahu produk apa? je jengggg ---> supplement shaklee
Tapi prinsip aku,macam biasa sebelum aku cuba sesuatu produk tu, aku akan buat research dulu.*dasyat tak dasyat budak ni
2-3 minggu juga la aku buat research pasal Shaklee di blog-blog,facebook & juga di youtube dan akhirnya aku membuat keputusan untuk cuba Trial Set Untuk Kulit yang terdiri daripada:

1.Vitamin C 
2.B-Complex
3.Vitamin E.

Antara sebab-sebab yang meyakinkan aku untuk pilih supplement dari Shaklee adalah:
1.Shaklee ni sudah berada di pasaran selama 50 Tahun,bagi aku ia adalah suatu jangka masa yang sangat lama,dan aku yakin dengan produknya sebab dah ramai orang kat dunia ni yang pernah cuba supplement shaklee ni.
2.Always Safe 
3.Always Works *Cuba dulu baru tahu kesannya :)
4.Always Green *part paling aku suka (>_<)

Boleh baca kat --> SINI

Antara Fungsi Vitamin dalam Set untuk Kulit ni adalah:

1.Vitamin C
-Membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan.
-Untuk kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan.
-Membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi.
-Membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka.
-Membina kalogen untuk kulit yang sihat.
-Bertindak melindungi sel dalam serangan antioksidan.
-Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.

2.B-Complex 
-Membantu mengurangkan tekanan dan kelesuan.
-Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran,
-Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein,
-Mencegah barah serviks,penyakit jantung dan kecacatan spina,menggalakkan kesihatan system kardiovaskular
-Menguatkan antibodi tubuh.

3.Vitamin E 
-Melambatkan proses penuaan
-Menyingkirkan radikal bebas
-Mengurangkan radang
-Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
-Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar UV
-Membantu fungsi sistem saraf otak
-Meningkatkan daya pertahanan

Kesan-kesan pengambilan

Aku baru makan 3 hari, belum nampak kesan apa-apa buat masa sekarang.
Nanti aku update kesan pengambilan supplement Shaklee di entri yang akan datang.

Read more ...

Kenapa Badan Kita Perlukan Supplement Tambahan?

Why We Need Supplement ?
Read more ...

 

Copyright © 2015 Reserved to fatinicious